
Antara harta peninggalan arwah yang paling banyak berlaku permasalahan keatasnya adalah rumah pusaka.
Setuju? Apakah puncanya? Kerana rumah pusaka mempunyai 1001 kenangan yang ditinggalkan bersama arwah. Sungguhpun begitu, sifat rumah pusaka ini mempunyai bentuk yang spesifik dan kemungkin tidak luas tapaknya, maka bilangan pemilik baru yang ramai bukanlah satu penyelesaian yang baik.
Kebiasaan diluar sana, waris agak berat untuk menguruskan rumah pusaka berbanding harta alih seperti simpanan Tabung Haji, KWSP, akaun pelaburan dan sebagainya kerana bentuk fizikalnya agak menyukarkan waris untuk membahagikannya.
“Biarlah rumah tu atas nama arwah lagi, semua boleh balik. Kalau letak nama seorang sahaja, mesti ada yang segan nak balik.” Ini antara dialog waris yang memberi alasan untuk tidak menguruskannya. Pada asalnya mungkin mudah diuruskan kerana waris simati kemungkinan jumlahnya sedikit cth: 5 orang. Tetapi lama kelamaan waktu silih berganti dan kematian berlapis berlaku, bilangan waris kebiasaanya akan bertambah. Asalnya 5 orang waris kini boleh cecah puluhan orang waris. Ini akan menyumbangkan masalah yang besar terhadap pengurusan rumah pusaka tersebut.
Maka disinilah kebijaksanaan waris akan diuji. Dengan hukum faraid yang telah digariskan oleh Allah, waris hendaklah berbincang agar rumah pusaka tersebut tidak direbut atau menjadi asbab silaturahim waris retak.
Apa sepatutnya yang dibuat oleh waris adalah pemilik baru rumah pusaka tersebut perlu ditentukan sama ada berlaku pelepasan hak antara waris kepada seorsng waris, penebusan hak oleh pemilik baru kepada waris yang lain atau masukkan beberapa nama waris sahaja (yang dirasakan sesuai mengikut keluasan rumah/tanah pusaka yang ditinggalkan.
Sekiranya ramai waris yang dinamakan di dalam geran rumah pusaka tersebut, ianya hedaklah dicantikkan dengan proses perubahan jenis tanah kepada tanah kediaman (sekiranya tanah masih tanah pertanian) dan pecahkan rumah/tanah pusaka tersebut kepada beberapa lot.
InshaAllah, pemilikan rumah pusaka tersebut lebih jelas dan tidak menambah rumit pengurusan rumah pusaka tersebut kelak.
Wallahua’lam
Nazmi Kamis, Peguam Syarie
Penulisan yang baik Tuan. Terima kasih.
Terima kasih Puan. Semoga bermanfaat.