Perancangan Pewarisan

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Setelah berlaku kematian harta kita akan menjadi pusaka. Betul? Bukan milik kita lagi tetapi telah menjadi hak waris. Bekalan kita? Cuma amal jariah kita, doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat.

Tetapi apa yang berlaku, proses turun milik kepada waris itu tidak berjalan dengan baik. Berlaku pembolotan harta dari waris tertentu dengan alasan dia lebih berhak? Berlakunya keretakan silaturrahim sesama waris. Tambahan pula, harta terbeku tidak dapat dimanfaatkan serta hutang yang tidak dilunaskan. Kenapa jadi seperti ini?

Jawapannya mudah. Pemilik harta gagal merancang pewarisan semasa hidup. Perseoalannya, adakah kita telah menyusun harta kita supaya mudah waris untuk menerimanya kelak? Adakah kita telah menyenaraikan hutang piutang kita? Adakah waris tahu prosedur pengurusan pusaka yang betul?

Maka, mulakanlah perancangan pewarisan kita sesegera mungkin. Buatlah apa yang disarankan supaya proses turun milik kepada waris lancar, proses melunaskan hutang lancar dan proses pelaksanaan wasiat kita lancar.

Wallahua’lam