Perancangan Pewarisan

Apakah itu perancangan pewarisan? Perancangan Pewarisan adalah satu susunan strategi yang dibuat oleh pemilik harta bagi memastikan proses turun milik harta kepada waris berjalan dengan lancar.

Perancangan pewarisan meliputi strategi untuk penyediaan dokumen sokongan, pelantikan wasi dan juga pemilihan kaedah pewarisan yang sesuai dengan senarai harta dan keadaan. Ada perancangan yang telah dibuat semasa hidup dan ada juga perancangan yang dibuat atau terlaksana setelah meninggal dunia.

Perancangan ini melibatkan serendah-rendah kos (Percuma) atau setinggi-tinggi kos bergantung kepada kaedah yang dipilih oleh pemilik harta. Yang lebih penting ialah ianya mengikut kemampuan.

Sebagai contoh Pak Kasim mempunyai sebuah rumah, sebidang tanah, 2 biji kereta, beberapa akaun simpanan dengan anggaran keseluruhan sebanyak RM 80,000. Pak Kasim mempunyai seorang isteri, 3 orang anak perempuan, 2 orang adik beradik kandung lelaki dan 3 orang adik beradik kandung perempuan. Disamping itu, Pak Kasim turut mempunyai hutang dan hasrat untuk sedekahnya terus dilaksanakan setelah dia tiada.

Maka, Pak Kasim perlu membuat perancangan agar proses turun milik hartanya kepada waris dan hasratnya berjalan dengan lancar.

Kesimpulannya, pelbagai kaedah yang boleh digunapakai oleh pemilik harta bagi memudahkan waris kelak. InshaAllah kaedah-kaedah tersebut akan dikupas satu persatu di dalam laman sesawang ini. Teruskan membaca dan menyokong penulisan saya. Wallahua’lam.

2 thoughts on “Perancangan Pewarisan

  1. Suraiya Mohd Nor says:

    Syabas atas perkongsian. Memang sepatutnya semua orang Islam perlu membuat perancangan pewarisan harta bagi memudahkan waris yang bakal ditinggalkan. Kesedaran ini yang perlu disemai.

    Reply

Leave a Reply to Suraiya Mohd Nor Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *